Khamis, 27 September 2012

Aku Suka Dia

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Chorus
Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku
jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Ulang chorus
Mungkinkah aku
Kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa

Mungkinkah aku
Kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis aku suka kamu

Ulang chorus
Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

Pstt..terdengar lagu nie tadi terus tempek kat blog nie..hahaha

Sape yang CY suka tu..??? RAHSIAAAA..

Jumaat, 7 September 2012

Jiwa LARA

Tajuk x menahan gitu..kannnn..

Tp seriously, jiwa CY haru biru seminggu nie..siang malam dok terbayang-bayang...nk keje pun xde mood. Kata opismet CY..

" Hang nie dh meroyan tahap gaban dh nie..kritikal! Kesian plak aku tgk kt hang..Cer hang buat istikarah mlm nie..mn tau kot dpt petunjuk.."

CY pandang je muka dia..tayang muka ayam berak kapur..xdak jiwa..Huhuhuhu

Giler hebat tekanan jiwa CY..2 org mmber kt opis tue pn smpai dok diskus secara rahsia pasal problem CY nie..punca jiwa lara CY. Dengan harapan dpt selesaikan prob CY ni..Tq my frenz...and I'm gonna miz u Linda after this..

CY dh jatuh cinta ngan 'dia'..serius jatuh cinta. Memang memenuhi ciri2 yang CY nak, CY cari selama nie..sekian lama mencari akhirnya jumpe. Tapi bila kami nk kukuhkan lg hubungan ini, tetiba ade halangan melanda. Sawan buih tetiba! Hukhukhuk..

Bak kata Linda ngan Yam, CY nie high taste. Cerewet..selagi xjumpe yg CY nak..selagi tue CY akan jd pemburu..(ishh ganaz giler bunyi..) Sbb tue bila CY meroyan, diaorg tahu itulah pilihan CY yang terbaik.. (owh Tuhan ku..)

Akhirnya, hari nie, hari Jumaat yang mulia..CY redha dan ikhlas (ikhlas ke..?)..CY akan lepaskan 'dia'..dengan berat hati putuskan hubungan yg hampir terjalin lebih jauh..hukhukhuk..Tiada jodoh antara kita..

Xpe, insyaAllah..patah tumbuh hilang berganti. CY yakin, Allah nk bg yg lebih baik kot utk CY slps ini..

"Jgn patah semangat Fara..teruskan pencarian mu.."


:(  oopss..

:)   redha itu ikhlas..pasrah itu menyerah..



Nota: Tak sanggup nk kenalkan siapa itu 'dia'.. InsyaAllah, di lain entri.