Rabu, 7 Januari 2015

Padamu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah


Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa


Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud


Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah


Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa


Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud


Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa


Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu


Penyanyi : Afghan


Nota Kaki : Syiokk bangat..setiap hari CY dok looping lagu nie dr pagi smpi petang..non stop..xjemu pun!
                      "Ya Allah, lindungi lah aku dari segala fitnah!"

Isnin, 5 Januari 2015

New Year wit CINTA HATI SAYA

Hujung minggu lepas, hari Sabtu, 27 Disember 2014, maka berjayalah saya memindahkan barang-barang sepenuhnya ke rumah baru saya a.k.a Cinta Hati Saya. Setelah 2-3 kali tertangguh hasrat hati dek kesibukan kerja. Habis je keje ofis pada 22 Dis yg lepas, misi mengemas, packing dan membalut barang terus dilaksanakan. Semua kerja2 tersebut saya lakukan seorang diri kecuali membalut plastic pada perabot..perghh..berpinau bijik mata sekejap. Penat yang teramat..
Benarlah kata orang, manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Sebetulnya, pelbagai dugaan saya hadapi sepanjang urusan pemindahan ini..sampai terlintas di fikiran, Allah tak izinkan saya berpindah keluar ke..? Huhuhu..
Memandangkan saya outstation seminggu sebelum berpindah, kakak saya dan keluarganya telah pulang ke Kelantan terlebih dahulu dan berjanji akan pulang semula ke Putrajaya pada 24 Dis untuk membantu saya. Tapi apakan daya, banjir besar telah melanda Kelantan dan mereka sekeluarga terperangkap di sana. So, hari Jumaat barulah mereka ada di Putrajaya membawa-lari bersama my Mom.
Hari Sabtu, my final day. Janji dengan lori pukul 11 nak angkut barang..pukul 10 lebih, kakak saya dapat sms dari tokey lori tue, mereka TAK DAPAT DATANG!! Mereka terperangkap banjir di Kelantan dan driver lori bersama lori ntah kemana. Tak dapat dihubungi. Huhh!! Aku apalagi..terus jadi Singa Betina! Aku dah mengamuk tak tentu hala..panas hati tak hengat time tue..marahkan si tokey lori pasai ape tak bgtau awai2 ko tak bleh datang..plak tue, dh tau banjir besar kt sana, pasai ape ko gedik p bawak lori tue redah banjir?? Pastue langsung tak bgtau client. Panasss tul hati..
Kakak kami ngan laki dia dh kelam kabut..biaq p depa. Korang yg amik lori nie..so korang la kena cari lori ganti untuk aku. Muahahaha..aku dh panas hati time tue..so aku buat bodoooo je. Laki bini nie sekejap2 tgk tab..sekejap2 dok ckp tipom..ke hulu ke hilir..sekejap cakap kt dapur..sekejap kt tangga..sekejap blkg langsir..aku pun naik heran. Xleh ke dok setempat je..? last2 dapatlah sebuah lori nie. Owner India. Alhamdulillah, harga pun xmahal xjauh beza dari lori pertama tue..and kul 2.30 ptg diaorang sampai. Terus angkut barang naik lori..cam kartun je aku tgk gaya keje masing-masing. Loghat semacam..aku dok imagine barang2 aku bukannye banyak sangatt pun…sekali…hah amik ko…lori 3 tan tue penuhh!! Sampai dh xmuat nak masukkan almari kasut aku..sib baik aku mmg tak bercadang nak angkut skali almari kasut aku tue..(bukan rak kasut yg kecik 2 pintu tinggi paras pinggang tue ek..rak kasut aku nie, almari 3 pintu dengan 6 level xsilap..bapak punye mewahh kasut aku..) muahahaha..penah anak jiran sblh ty aku, "acik, naper letak almari baju kat luar rumah??" huhuhu..sadis sggh soalan dia.
Akhirnya, selesai angkut dan bawa barang ke umah baru jam 4.30 petang…cepatkan. Tapi, satu je aku musykil. Bukan ke kalo kita pindah umah nie, sewa lori ngan pekerja, diaorang akan angkat barang2 kita letak ditempat yg sepatutnya? I mean, kalo kita dh tanda kotak A letak kat tingkat atas, so nnti dia akan angkut ke tingkat atas la kan..dengan kata lain, tuan umah xpayah dah dok susah payah angkut barang lg lepas tue..kann?? kisahnye, aku punya org lori nie, dia tak tolong angkut brg tue ke dalam rumah, hanya perabot dan peti ais shj dia bw masuk dan letak ditempat yg sepatutnya. Yg lain2 (kotak2, beg2 baju, frame etc), depa just longgokkan dekat porch. Langsung tak bawa masuk dlm umah..aku dah tercengang-cengang..dlm hati dok kata..aku ke yg kena angkut sume sendiri lps nie..? huh.. bila aku pi complain kt kakak aku..dia kata, jgn cakap banyak sbb td org lori nie dh merungut nk mintak bayar lebih sbb dia kata umah aku jauh. Huh! Padahal aku dh bgtau nk bw ke mana..choiii! ko buat dajjal kt aku..aku pun buat dajjal kat ko la..lepas dia angkut barang tue, aku terus hulur duit. Ngam2 jumlah yg telah dipersetujui ms call td. Aku dh tak berbahasa basi g dh ngan diaorang..kan aku beramah mesra korang p mintak tambahhh lagi..huh, xkuasa aku. Dengan2 air pun aku tak jamu korang minum. Padam muka. Angkat barang x seberapa, jauh xseberapa..ade hati ko nak mintak duit lebih?? Hah, bleh blahh!.
Malamnye, kami semua tido kat situ and the next day, my mom n my sister balik lerr ke Putrajaya semula. Tinggal lahh aku sensorang kat umah tue..konon nak mengemas apa yang patut, sapu2 mop2..tapii harammmm.. satu bende pun aku xbuat. Sebab aku dh set minda nak pindah 27hb. So date tue je lah aku akan menggunakan tenaga. Lepas tarikh tue, automatic badan n minda aku dh rasa kepenatan yg berganda..makanye, aku dok tergolekkk je lah kt dalam umah tue..dr pagi smpi ke pagi esoknye..hahaha..Isnin petang, aku dh kebosanan yg amat (TV ade tp Astro xde)..xde nk buat ape, so aku pun vrommmmm la balik ke Putrajaya. Hahaha..Sabtu depan (3hb Jan) nnti aku dtg semula untuk tinggal officially kt situ..
Nanti kalo ade mood, aku akan ceritakan kehidupan baru ku di sini bersama jiran-jiran yang sangat AWESOME! Terbaekkk..
 
Nota Kaki : Saya dah selamat tinggal bersama CINTA HATI SAYA..memulakan hari pertama kerja berulang-alik..so far, everything goes well. Thanks to my fren, Reza..sbb bertabah hati menjadi 'tourist guide' aku..hahaha

Jumaat, 2 Januari 2015

Apa Kata Saya..

Haaa..dah lama tak bersiaran rasanye..nie ade kelapangan sikit setelah sekian lama saya menghambakan diri dengan kerja. Ini kisah bbrp minggu yg lepas..kira flashback la nie..Bizi tahap gaban sampai xleh nak angkat muka..3 minggu berturut2 saya datang ofis di hujung minggu..huh, banyak yg saya korbankan untuk 3 minggu nie..dan dalam tempoh 3 minggu nie..seminggu yang terakhir saya hanya sempat tido selama bbrp jama sahaja setiap hari. Sangat penatt minda dan fizikal..tetapi saya kuatkan semangat. Set siap2 dalam minda, saya akan menggunakan tenaga dan minda sampai 22 Disember 2014. Full stop. Alhamdulillah, saya masih mampu datang ke ofis dengan sisa tenaga yang ade sehingga ke saat itu. Terima kasih ya Allah.
 
Apa saya buat 3 minggu yg lepas?? Emm…saya terlibat dengan majlis rasmi kementerian saya pada 18-20 Dis 2014. Jadi 2 minggu sblm itu adalah waktu preparation untuk semua tugasan bagi majlis tersebut. As u guys know, my team kan penyedia montaj multimedia utk event rasmi KKM. Tapi sedihnye saya, utk event kali ini..saya terpaksa memberi markah 0 (paling teruk!) kepada urusetia induk. Dan sangat berharap tidak akan bekerjasama lagi dengan mereka dalam lain-lain event. Serba ringkas mengenai perangai Jawatankuasa Induk adalah :
  • Tidak mahu mendengar pendapat/cadangan orang bawah
  • Sangat-sangat menyusahkan orang
  • Syok sendiri
  • Tidak berusaha
  • Sambil lewa
  • Suka mengarah last minit
  • Perasan bagus
Walau bagaimanapun, syukur Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan lancar. Sepanjang majlis, tiada seulas senyuman pun saya lemparkan pada Urusetia Induk (dan mungkin pada semua hadirin dan kru ) ..kepenatan minda telah membatasi segalanya ditambah dengan tahap kesihatan yg tak begitu baik sejak akhir-akhir ini. Tidak saya luahkan kerana saya tak mau ada anggapan saya hanya ber’alasan’.
Emm, saya terperasan ade satu bahan lawak baru dikalangan team saya dan krew teknikal sepanjang 3 hari majlis tersebut. Actually, my team n krew teknikal ditempatkan satu tempat dalam dewan. Disitulah kami bersesak-sesak, tonggang terbalik sepanjang hari. Kerusi xcukup, so krew lelaki akan duduk bertinggung or bersila di belakang kerusi kami. Ruang tue sangat sempit..tapi manisnya, tiada siapa yang merungut. Baguslah. Sorang technician saya, Yusrin, saya gelarkan dia duduk gaya Sofa Bed. Hahaha..sebab nnti dh penat bertinggung, terus pejam mata..smbung mimpi..Seorang krew Cina nie, kami gelarkan dia Sleeping Buddha versi duduk..hahaha..Si Sham plak dh xde beza ngan technician hotel..same uniform bebb..hahaha..dan sorang krew nie..aku panggil dia si Tupai..pasai rambut dia mcm sabut kelapa..pastue keje dia plak dok panjat tiang speaker. Dah gaya tupai. Tapi si Tupai nie sbnrnye seorg deejay online..suara dia..perghhhhh…giloss best! Terpukau kak jah..tapi sayang dia seorang ‘Tupai’..hahahaha
 
Dan kerana si Tupai nie telah meniru lakonan (suara dan gaya) Yusuf Haslam bercakap dengan Shamsul Yusuf dalam babak Maharaja Lawak (yg bila ntah)..perkataan “SUL” (singkatan nama Shamsul) telah menjadi viral dikalangan kami semua. Semua krew teknikal kami panggil dengan nama SUL..hahaha..xterlintas pun dihati nak tanya ape nama sbnr diaorng. SUL..SUL.. SUL..itulah lawak terhebat oleh si Tupai di saat kami semua kepenatan + stress dok setup dewan di kala jam menginjak pukul 3.00 pagi.
Dialog Yusuf Haslam:
“Sul, papa rasa Sul kena bla bla bla bla…”
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anyway, million thanks to my team (Unit TOT), my technicians and the technical crews from DIMAZ Production for your GREAT cooperation teamwork and continuous spiritual-effort to make this event run smoothly. Thank you so much guys! C u next year (2015), again, in the same event, InsyaAllah.
 
Nota Kaki : Indahnye perasaan, kembang kempis bontot aku bila Datuk KSU secara spontan ajak bergambar dengan beliau di hari terakhir majlis. Hehehe..Masa tue aku tgh bersembang dengan si Reza, jiran setaman aku nih, skali Datuk lalu sblh kitaorang. Maka berezekilah kami berdua bergambar dengan beliau. hehehe.. oh ya, tak payah la korang nak kata aku nie dok bangga diri ke apa..aku tulis nie sbb aku nie golongan marhain, tak pernah terlintas di fikiran diajak bergambar dengan golongan dewa..maka jakunlah aku si marhain nie. Ibarat kata, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Pipit dengan Enggang mana sama level..antara dua darjat..sodar la diri sikit. huhuhu..satu penghargaan buat diri saya.