Rabu, 2 Januari 2013

Pahit Manis 2012

Dah lewat 3 hari tulis entry tahun baru..org lain tgh malam 31 Disember 2012 tue dah update blog..xpun pepagi 1 Januari 2013..CY? Huh, dh 3 hari baru nk terhegeh-hegeh bukak blog. Dah basi pun..

Xpela, tulis blog nie bukan perkara wajib dalam hidup CY, ade mood + ade cerita + ade masa, baru tulis. Tapi kalau ade cerita tp xde mood..CY pun xkan tulis..dlm blog nie hanya tulisan CY secara general..yang terlalu personal, sume ade dlm diari kehidupan CY. Sebab ape, blog nie ramai org bleh baca..so pandangan CY, hal peribadi hanya untuk tatapan CY seorang je. Bak kata Dato' CT, "Biarlah Rahsia"...gtewwww. Xleh tulis dlm blog melainkan perkara itu "biasa" shj. Sesuai untuk tontonan umum. Klasifikasi U. Hehhehe 

Berbalik pada tajuk, CY just nak flashback pahit manis sepanjang tahun 2012. Tak banyak..satu manis and satu pahit. Yang manisnye, CY dinobatkan Johan Pertandingan Mencipta Logo 5S Peringkat KKM. Dapat hadiah wang tunai RM300. Alhamdulillah, rezeki. Logo tue digunakan hingga sekarang dan kiranya dh jd logo rasmi 5S untuk KKM. Sesekali bila berjalan kt lain-lain Bahagian kt ofis tue, terpandang la logo iteww yang memang WAJIB dipaparkan di segenap sudut dlm semua ofis. So, kembang sekejap rasa hati. Rasa berbaloi. Dlm masa sama terfikir, mcm mana logo aku nie leh menang?? Cantik sangat ke..peserta lain pun rsnye cam terbaik. Kenapa CY cakap gitu..? Hehehe, sebabnya lepas sebulan dua diumum sebagai pemenang..CY g jumpe urusetia yg terlibat, CY mintak nk tgk logo2 peserta lain tue..so, dia tunjuk la. Seriuss, design diaorg cantik-cantikkk..kreatif amat. Tapi kenapa x menang?? Antara penyumbang kekalahan, design dh cantik, mantap..tp diaorang ade yg xkasi motto, ade yg x bg keterangan logo and ade yg x ikut saiz. Alhamdulillah, logo CY terpilih. Dipendekkan cerita, logo itu adalah kenangan manis CY utk tahun 2012... :)

Inilah logo itewww..

Kenangan pahit plak..actually kenangan pahit nie xleh cerita details sebab ia bleh diklasifikasikan peribadi. Tp xpe, CY akan ceritakan secara umum shj. Xde kaitan dengan yang hidup atau yang dh mati. :) Kisah berlaku ala2 penghujung tahun 2012, dimana sejak peristiwa itu, CY bagitau diri sendiri, berhati-hati dalam segala perbuatan dan percakapan. Jgn percayakan sesiapa 100% dan jauhi diri dari orang-orang yang dari pandangan mata dan hati CY menyatakan orang itu ade otak tapi tidak berakal. Jangan sekali-kali dekati orang seperti itu Sferra!! Remember that! Peristiwa itu telah mencalar maruah CY dgn tuduhan (fitnah pun bolehh) tanpa menggunakan akal. Dan suka utk CY ingatkan, CY tidak mudah memberi kemaafan pada seseorang jika ia melibatkan maruah CY dan keluarga. Datanglah berlutut mcm mana sekalipun..walau mati sekalipun..prinsip CY mudah. "tiada maaf bagimu" 
Dpendekkan cerita lagi, itulah kenangan terrrpahit CY sepanjang berada di KKM dan juga sepanjang 2012.

Azam??Azam tahun baru..? Emm, nanti lah dlu..nxt entry maybe. Sekali pikir, xperlu berazam bagai setiap kali tahun baru..biarlah ape sahaja yg kita impikan hadir secara natural tanpa dirancang. Oh ya, ade peristiwa yang berlaku diluar perancangan CY (2012)..ia impian CY tp CY tidak merancang dan tidak sesekali terfikir ke arah itu. Ia secara semulajadi...alhamdulillah. 
Semoga setiap impian kita akan tercapai dengan kehendak-Nya.

So, jom sume kita harungi 2013 dengan jiwa baru..tinggalkan pahit manis 2012, kita cipta memori terindah di tahun ini. Zass..

2 ulasan: