Selasa, 26 Mac 2013

Cinta Untuk Elyana


Emm..setelah pikir-pikir, CY nk tambah slot Ulasan Novel lah..bleh citer ape yg CY faham pasai sesuatu jalan cerita novel tue. Tp CY ulas yg paling ringkas je la..nk tau lanjut, baca la sendiri. Ahakss!

So untuk julung kalinya, bermula Mac ini..gambar kt atas tue adalah novel yg akan diulas. CINTA untuk ELYANA. Cover depan agak menarik la, nmpak klasik pompuan tue. Novel nie pasal kisah kehidupan seorang pompuan bernama Elyana. Dari kecik sampai tua..hidup dia penuh ngan cabaran. Kisah hitam paling banyak dlm hdup pompuan nie. Alkisahnye, pompuan nie asal dr keluarga nelayan. Miskin. Ayah ngan abang dia mati di laut. Mak dia plak jenis pompuan tak guna..menggatal je keje dia. Walaupun laki dia masih hidup. Bila laki dia mati dia kawin ngan jantan muda 10 thn dr dia. Bapak tiri Elyana nie pun spesis xguna jugak..Gatal segala. Berjudi. Tak keje. Kaki botol. Kaki gaduh. Cukup pakej. Sama la perangai ngan bini (mak Elyana). Last2 mak Elyana nie nak kawinkan dia ngan orang kaya miang jadi bini no 4. Xmau la minah ni. Bapak tiri dia amik kesempatan. Konon nk tolong selamatkan minah dari kena kawin..rupanye2 dia pi ratah dlu minah nie. Then jual minah ni kat mak ayam kt KL. Keje nite club.

Dalam ms yg sama dia tidur ngan minah nie. Org lain xleh sentuh. Alkisahnye, Elyana berjaya diselamatkan dr kancah gelap tu. Dia kawin ngan salah seorang pengunjung nite club tu yang mmg cinta gile kt dia. Mahadi. Tp, mamat nie jenis bongkak..dia layan bini dia cam anjing kurap. Kaki pompuan gak. Last2 minah nie mintak cerai setelah berlaku peristiwa hitam dekat anak dia, Amira.

Kawan si Mahadi iaitu Ikhsan pun dok berkenan ngan Elyana. Mmg cinta tahap gaban ngan minah nie. Elyana pn cinta giler gak mamat nie..tp atas dasar kesian pada kawan baik, Elyana tolak cinta Ikhsan. so, membwa diri la si Iksan nie p UK. Mengubat jiwa yg lara...huhuhu

Akhirnya Elyana kawin ngan Tan Sri mati bini. Dah tua pun. Tan Sri nie ikhlas terima Elyana seadanya. Anak2 Tan Sri pun leh terima. So bahagia la hidup minah nie ngan anak dia Amira. Dipendekkan cerita, Ikhsan akhirnya kawin ngan anak tiri Elyana (anak Tan Sri) walaupun ada konflik bila anak Tan Sri tau suami dia pernah ada hbgn ngan mak tiri dia.


KESIMPULAN: Tragis sungguh jalan hidup Elyana nie..kekuatan dan ketabahan dia boleh dijadikan panduan. Bagus untuk dibaca.

Cer korang bayangkan...'menantuku kekasihku'...apa perasaan korang? Hehehe

1 ulasan:

  1. tak dapat kubayangkan...kesiannya pempuan tu..kalau watak dia dalam novel tu betul2 real dalam dunia ni..sungguh tragis...

    BalasPadam