Isnin, 13 April 2015

Gudbye Pengerusi RATNA2

Hari nie dalam grup Telegram..berdesup2 masuk ucapan selamat tinggal utk Abg G. Pengerusi  taman kitaorang. Actually Abg G akan migrate ke Dubai. Keje. Flite dia kul 10 pagi nie. Dr semalam lagi gak lah Telegram tak berhenti berbunyi..sekali pikir, terasa seluruh warga taman RATNA2 merasai kehilangan seorang Pengerusi yang sangat dedicated. Pemergian Abg G sangat dirasai. Kami semua warga RATNA2 merelakan dalam keterpaksaan demi karier dan masa depan beliau.

So, lepas nie..sunyi la aku. Dah takde la orang yang nak sakat aku lagi lepas nie. Kalo idak, petang2, time diaorg dok lepak2 kat post, kebetulan aku dok kt luar umah..memang havoc la diaorg nie..especially Abg G. Kaki drama tahap maxima. Mcm2 diaorg pekenakan aku..mcm2 ragam..mcm2 gaya. Sebab Abg G la, aku xsegan2 nak bercampur gaul ngan warga RATNA2 yang lain. Abg G membawakan konsep keluarga harmoni untuk taman kitaorg nie..and semua org tak kira bangsa dlm taman nie..saling bantu membantu. Saling menjaga kerukunan..xde gaduh2 cam taman2 lain. Setiap kali kitaorang buat gathering makan-makan..sume satu taman berkumpul. Pot luck ramai-ramai. So happening. Rasa bahagia sangat aku dok kt taman nie..tak menyesal pun aku beli umah jauh-jauh. Hehehe.

Ahad lepas kitaorang buat makan2 potluck untuk farewell Abg G. Perghhh..diluar jangkaan. Makanan melimpah ruah dan semua jiran turun meraikan. Semua bangsa. Penuh sesak keadaan depan umah aku pasai depa pakat dok parking area situ. Sampai aku nk bukak pintu pagar pun terpaksa kuar menyelit. Sib baik aku nie cekedinggg je..hehehe. Sangat terharu melihat sambutan sebegitu rupa warga RATNA2 untuk Abg G. See. Betapa hebatnye pengaruh Abg G nie..menandakan orang sangat respect dengan kepimpinan dia selama nie.. (Sedihh sangat bila tgk Telegram xde benda lain di post..” Gudbye Abg G”)

Abg G selalu buat lawak ngan aku..akan aku kenang selagi boleh ingat. Hahaha..memang boleh buat aku ketawa sorang2 bila ingatkan lawak jenaka Abg G disokong plak oleh AJK2 members yg lain..tambah minyakk org kata. Hahaha.. oh ya, dan2 teringat pesanan seorang Abang (Abg G) untuk saya:

“Fara, bukak2 la pintu hati tue..jangan tutup rapat2 sangat..pandang2 la sekeliling..”

Saya hanya membalas pesanan ikhlas tersebut dengan sengih kerang busuk je.. (dalam hati siapa yang tau..)

Walau apepun, terima kasih Abg G atas ingatan tersebut dan terima kasih atas keprihatinan Abg G selama ini pada seluruh taman RATNA2. Semoga sukses sokmo dalam karier dan kehidupan. Ada umur kita jumpa lagi. InsyaAllah.
 
 
Nota Kaki : Gud bye jugak to Juriana (Dak Aju), rakan KKM yang officially resign dari perkhidmatan awam this week. KKM telah kehilangan seorang MC yang sangat berkaliber dan seorang staff yang sangat komited. Semoga Aju beroleh kejayaan diluar sana dan berjaya dalam karier barunya. Aminn.  
 
When my turn lorr..I dah bosan keje nie..ahaks!
 
 

2 ulasan:

  1. fara...abg G dah dah kawen blom???

    Ju pi kerja mana weh?

    BalasPadam
  2. Linda, hang xdak keje lain ek..Abg G tu dah anak lima ponn..hahahaha. tinggai anak bini demi mencari sesuap nasi..

    Jue join Prudential n Mary Kay n part time MC..(makcik kayooo)

    BalasPadam