Jumaat, 2 Januari 2015

Apa Kata Saya..

Haaa..dah lama tak bersiaran rasanye..nie ade kelapangan sikit setelah sekian lama saya menghambakan diri dengan kerja. Ini kisah bbrp minggu yg lepas..kira flashback la nie..Bizi tahap gaban sampai xleh nak angkat muka..3 minggu berturut2 saya datang ofis di hujung minggu..huh, banyak yg saya korbankan untuk 3 minggu nie..dan dalam tempoh 3 minggu nie..seminggu yang terakhir saya hanya sempat tido selama bbrp jama sahaja setiap hari. Sangat penatt minda dan fizikal..tetapi saya kuatkan semangat. Set siap2 dalam minda, saya akan menggunakan tenaga dan minda sampai 22 Disember 2014. Full stop. Alhamdulillah, saya masih mampu datang ke ofis dengan sisa tenaga yang ade sehingga ke saat itu. Terima kasih ya Allah.
 
Apa saya buat 3 minggu yg lepas?? Emm…saya terlibat dengan majlis rasmi kementerian saya pada 18-20 Dis 2014. Jadi 2 minggu sblm itu adalah waktu preparation untuk semua tugasan bagi majlis tersebut. As u guys know, my team kan penyedia montaj multimedia utk event rasmi KKM. Tapi sedihnye saya, utk event kali ini..saya terpaksa memberi markah 0 (paling teruk!) kepada urusetia induk. Dan sangat berharap tidak akan bekerjasama lagi dengan mereka dalam lain-lain event. Serba ringkas mengenai perangai Jawatankuasa Induk adalah :
  • Tidak mahu mendengar pendapat/cadangan orang bawah
  • Sangat-sangat menyusahkan orang
  • Syok sendiri
  • Tidak berusaha
  • Sambil lewa
  • Suka mengarah last minit
  • Perasan bagus
Walau bagaimanapun, syukur Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan lancar. Sepanjang majlis, tiada seulas senyuman pun saya lemparkan pada Urusetia Induk (dan mungkin pada semua hadirin dan kru ) ..kepenatan minda telah membatasi segalanya ditambah dengan tahap kesihatan yg tak begitu baik sejak akhir-akhir ini. Tidak saya luahkan kerana saya tak mau ada anggapan saya hanya ber’alasan’.
Emm, saya terperasan ade satu bahan lawak baru dikalangan team saya dan krew teknikal sepanjang 3 hari majlis tersebut. Actually, my team n krew teknikal ditempatkan satu tempat dalam dewan. Disitulah kami bersesak-sesak, tonggang terbalik sepanjang hari. Kerusi xcukup, so krew lelaki akan duduk bertinggung or bersila di belakang kerusi kami. Ruang tue sangat sempit..tapi manisnya, tiada siapa yang merungut. Baguslah. Sorang technician saya, Yusrin, saya gelarkan dia duduk gaya Sofa Bed. Hahaha..sebab nnti dh penat bertinggung, terus pejam mata..smbung mimpi..Seorang krew Cina nie, kami gelarkan dia Sleeping Buddha versi duduk..hahaha..Si Sham plak dh xde beza ngan technician hotel..same uniform bebb..hahaha..dan sorang krew nie..aku panggil dia si Tupai..pasai rambut dia mcm sabut kelapa..pastue keje dia plak dok panjat tiang speaker. Dah gaya tupai. Tapi si Tupai nie sbnrnye seorg deejay online..suara dia..perghhhhh…giloss best! Terpukau kak jah..tapi sayang dia seorang ‘Tupai’..hahahaha
 
Dan kerana si Tupai nie telah meniru lakonan (suara dan gaya) Yusuf Haslam bercakap dengan Shamsul Yusuf dalam babak Maharaja Lawak (yg bila ntah)..perkataan “SUL” (singkatan nama Shamsul) telah menjadi viral dikalangan kami semua. Semua krew teknikal kami panggil dengan nama SUL..hahaha..xterlintas pun dihati nak tanya ape nama sbnr diaorng. SUL..SUL.. SUL..itulah lawak terhebat oleh si Tupai di saat kami semua kepenatan + stress dok setup dewan di kala jam menginjak pukul 3.00 pagi.
Dialog Yusuf Haslam:
“Sul, papa rasa Sul kena bla bla bla bla…”
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anyway, million thanks to my team (Unit TOT), my technicians and the technical crews from DIMAZ Production for your GREAT cooperation teamwork and continuous spiritual-effort to make this event run smoothly. Thank you so much guys! C u next year (2015), again, in the same event, InsyaAllah.
 
Nota Kaki : Indahnye perasaan, kembang kempis bontot aku bila Datuk KSU secara spontan ajak bergambar dengan beliau di hari terakhir majlis. Hehehe..Masa tue aku tgh bersembang dengan si Reza, jiran setaman aku nih, skali Datuk lalu sblh kitaorang. Maka berezekilah kami berdua bergambar dengan beliau. hehehe.. oh ya, tak payah la korang nak kata aku nie dok bangga diri ke apa..aku tulis nie sbb aku nie golongan marhain, tak pernah terlintas di fikiran diajak bergambar dengan golongan dewa..maka jakunlah aku si marhain nie. Ibarat kata, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Pipit dengan Enggang mana sama level..antara dua darjat..sodar la diri sikit. huhuhu..satu penghargaan buat diri saya.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan