Isnin, 5 Januari 2015

New Year wit CINTA HATI SAYA

Hujung minggu lepas, hari Sabtu, 27 Disember 2014, maka berjayalah saya memindahkan barang-barang sepenuhnya ke rumah baru saya a.k.a Cinta Hati Saya. Setelah 2-3 kali tertangguh hasrat hati dek kesibukan kerja. Habis je keje ofis pada 22 Dis yg lepas, misi mengemas, packing dan membalut barang terus dilaksanakan. Semua kerja2 tersebut saya lakukan seorang diri kecuali membalut plastic pada perabot..perghh..berpinau bijik mata sekejap. Penat yang teramat..
Benarlah kata orang, manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Sebetulnya, pelbagai dugaan saya hadapi sepanjang urusan pemindahan ini..sampai terlintas di fikiran, Allah tak izinkan saya berpindah keluar ke..? Huhuhu..
Memandangkan saya outstation seminggu sebelum berpindah, kakak saya dan keluarganya telah pulang ke Kelantan terlebih dahulu dan berjanji akan pulang semula ke Putrajaya pada 24 Dis untuk membantu saya. Tapi apakan daya, banjir besar telah melanda Kelantan dan mereka sekeluarga terperangkap di sana. So, hari Jumaat barulah mereka ada di Putrajaya membawa-lari bersama my Mom.
Hari Sabtu, my final day. Janji dengan lori pukul 11 nak angkut barang..pukul 10 lebih, kakak saya dapat sms dari tokey lori tue, mereka TAK DAPAT DATANG!! Mereka terperangkap banjir di Kelantan dan driver lori bersama lori ntah kemana. Tak dapat dihubungi. Huhh!! Aku apalagi..terus jadi Singa Betina! Aku dah mengamuk tak tentu hala..panas hati tak hengat time tue..marahkan si tokey lori pasai ape tak bgtau awai2 ko tak bleh datang..plak tue, dh tau banjir besar kt sana, pasai ape ko gedik p bawak lori tue redah banjir?? Pastue langsung tak bgtau client. Panasss tul hati..
Kakak kami ngan laki dia dh kelam kabut..biaq p depa. Korang yg amik lori nie..so korang la kena cari lori ganti untuk aku. Muahahaha..aku dh panas hati time tue..so aku buat bodoooo je. Laki bini nie sekejap2 tgk tab..sekejap2 dok ckp tipom..ke hulu ke hilir..sekejap cakap kt dapur..sekejap kt tangga..sekejap blkg langsir..aku pun naik heran. Xleh ke dok setempat je..? last2 dapatlah sebuah lori nie. Owner India. Alhamdulillah, harga pun xmahal xjauh beza dari lori pertama tue..and kul 2.30 ptg diaorang sampai. Terus angkut barang naik lori..cam kartun je aku tgk gaya keje masing-masing. Loghat semacam..aku dok imagine barang2 aku bukannye banyak sangatt pun…sekali…hah amik ko…lori 3 tan tue penuhh!! Sampai dh xmuat nak masukkan almari kasut aku..sib baik aku mmg tak bercadang nak angkut skali almari kasut aku tue..(bukan rak kasut yg kecik 2 pintu tinggi paras pinggang tue ek..rak kasut aku nie, almari 3 pintu dengan 6 level xsilap..bapak punye mewahh kasut aku..) muahahaha..penah anak jiran sblh ty aku, "acik, naper letak almari baju kat luar rumah??" huhuhu..sadis sggh soalan dia.
Akhirnya, selesai angkut dan bawa barang ke umah baru jam 4.30 petang…cepatkan. Tapi, satu je aku musykil. Bukan ke kalo kita pindah umah nie, sewa lori ngan pekerja, diaorang akan angkat barang2 kita letak ditempat yg sepatutnya? I mean, kalo kita dh tanda kotak A letak kat tingkat atas, so nnti dia akan angkut ke tingkat atas la kan..dengan kata lain, tuan umah xpayah dah dok susah payah angkut barang lg lepas tue..kann?? kisahnye, aku punya org lori nie, dia tak tolong angkut brg tue ke dalam rumah, hanya perabot dan peti ais shj dia bw masuk dan letak ditempat yg sepatutnya. Yg lain2 (kotak2, beg2 baju, frame etc), depa just longgokkan dekat porch. Langsung tak bawa masuk dlm umah..aku dah tercengang-cengang..dlm hati dok kata..aku ke yg kena angkut sume sendiri lps nie..? huh.. bila aku pi complain kt kakak aku..dia kata, jgn cakap banyak sbb td org lori nie dh merungut nk mintak bayar lebih sbb dia kata umah aku jauh. Huh! Padahal aku dh bgtau nk bw ke mana..choiii! ko buat dajjal kt aku..aku pun buat dajjal kat ko la..lepas dia angkut barang tue, aku terus hulur duit. Ngam2 jumlah yg telah dipersetujui ms call td. Aku dh tak berbahasa basi g dh ngan diaorang..kan aku beramah mesra korang p mintak tambahhh lagi..huh, xkuasa aku. Dengan2 air pun aku tak jamu korang minum. Padam muka. Angkat barang x seberapa, jauh xseberapa..ade hati ko nak mintak duit lebih?? Hah, bleh blahh!.
Malamnye, kami semua tido kat situ and the next day, my mom n my sister balik lerr ke Putrajaya semula. Tinggal lahh aku sensorang kat umah tue..konon nak mengemas apa yang patut, sapu2 mop2..tapii harammmm.. satu bende pun aku xbuat. Sebab aku dh set minda nak pindah 27hb. So date tue je lah aku akan menggunakan tenaga. Lepas tarikh tue, automatic badan n minda aku dh rasa kepenatan yg berganda..makanye, aku dok tergolekkk je lah kt dalam umah tue..dr pagi smpi ke pagi esoknye..hahaha..Isnin petang, aku dh kebosanan yg amat (TV ade tp Astro xde)..xde nk buat ape, so aku pun vrommmmm la balik ke Putrajaya. Hahaha..Sabtu depan (3hb Jan) nnti aku dtg semula untuk tinggal officially kt situ..
Nanti kalo ade mood, aku akan ceritakan kehidupan baru ku di sini bersama jiran-jiran yang sangat AWESOME! Terbaekkk..
 
Nota Kaki : Saya dah selamat tinggal bersama CINTA HATI SAYA..memulakan hari pertama kerja berulang-alik..so far, everything goes well. Thanks to my fren, Reza..sbb bertabah hati menjadi 'tourist guide' aku..hahaha

Jumaat, 2 Januari 2015

Apa Kata Saya..

Haaa..dah lama tak bersiaran rasanye..nie ade kelapangan sikit setelah sekian lama saya menghambakan diri dengan kerja. Ini kisah bbrp minggu yg lepas..kira flashback la nie..Bizi tahap gaban sampai xleh nak angkat muka..3 minggu berturut2 saya datang ofis di hujung minggu..huh, banyak yg saya korbankan untuk 3 minggu nie..dan dalam tempoh 3 minggu nie..seminggu yang terakhir saya hanya sempat tido selama bbrp jama sahaja setiap hari. Sangat penatt minda dan fizikal..tetapi saya kuatkan semangat. Set siap2 dalam minda, saya akan menggunakan tenaga dan minda sampai 22 Disember 2014. Full stop. Alhamdulillah, saya masih mampu datang ke ofis dengan sisa tenaga yang ade sehingga ke saat itu. Terima kasih ya Allah.
 
Apa saya buat 3 minggu yg lepas?? Emm…saya terlibat dengan majlis rasmi kementerian saya pada 18-20 Dis 2014. Jadi 2 minggu sblm itu adalah waktu preparation untuk semua tugasan bagi majlis tersebut. As u guys know, my team kan penyedia montaj multimedia utk event rasmi KKM. Tapi sedihnye saya, utk event kali ini..saya terpaksa memberi markah 0 (paling teruk!) kepada urusetia induk. Dan sangat berharap tidak akan bekerjasama lagi dengan mereka dalam lain-lain event. Serba ringkas mengenai perangai Jawatankuasa Induk adalah :
  • Tidak mahu mendengar pendapat/cadangan orang bawah
  • Sangat-sangat menyusahkan orang
  • Syok sendiri
  • Tidak berusaha
  • Sambil lewa
  • Suka mengarah last minit
  • Perasan bagus
Walau bagaimanapun, syukur Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan lancar. Sepanjang majlis, tiada seulas senyuman pun saya lemparkan pada Urusetia Induk (dan mungkin pada semua hadirin dan kru ) ..kepenatan minda telah membatasi segalanya ditambah dengan tahap kesihatan yg tak begitu baik sejak akhir-akhir ini. Tidak saya luahkan kerana saya tak mau ada anggapan saya hanya ber’alasan’.
Emm, saya terperasan ade satu bahan lawak baru dikalangan team saya dan krew teknikal sepanjang 3 hari majlis tersebut. Actually, my team n krew teknikal ditempatkan satu tempat dalam dewan. Disitulah kami bersesak-sesak, tonggang terbalik sepanjang hari. Kerusi xcukup, so krew lelaki akan duduk bertinggung or bersila di belakang kerusi kami. Ruang tue sangat sempit..tapi manisnya, tiada siapa yang merungut. Baguslah. Sorang technician saya, Yusrin, saya gelarkan dia duduk gaya Sofa Bed. Hahaha..sebab nnti dh penat bertinggung, terus pejam mata..smbung mimpi..Seorang krew Cina nie, kami gelarkan dia Sleeping Buddha versi duduk..hahaha..Si Sham plak dh xde beza ngan technician hotel..same uniform bebb..hahaha..dan sorang krew nie..aku panggil dia si Tupai..pasai rambut dia mcm sabut kelapa..pastue keje dia plak dok panjat tiang speaker. Dah gaya tupai. Tapi si Tupai nie sbnrnye seorg deejay online..suara dia..perghhhhh…giloss best! Terpukau kak jah..tapi sayang dia seorang ‘Tupai’..hahahaha
 
Dan kerana si Tupai nie telah meniru lakonan (suara dan gaya) Yusuf Haslam bercakap dengan Shamsul Yusuf dalam babak Maharaja Lawak (yg bila ntah)..perkataan “SUL” (singkatan nama Shamsul) telah menjadi viral dikalangan kami semua. Semua krew teknikal kami panggil dengan nama SUL..hahaha..xterlintas pun dihati nak tanya ape nama sbnr diaorng. SUL..SUL.. SUL..itulah lawak terhebat oleh si Tupai di saat kami semua kepenatan + stress dok setup dewan di kala jam menginjak pukul 3.00 pagi.
Dialog Yusuf Haslam:
“Sul, papa rasa Sul kena bla bla bla bla…”
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anyway, million thanks to my team (Unit TOT), my technicians and the technical crews from DIMAZ Production for your GREAT cooperation teamwork and continuous spiritual-effort to make this event run smoothly. Thank you so much guys! C u next year (2015), again, in the same event, InsyaAllah.
 
Nota Kaki : Indahnye perasaan, kembang kempis bontot aku bila Datuk KSU secara spontan ajak bergambar dengan beliau di hari terakhir majlis. Hehehe..Masa tue aku tgh bersembang dengan si Reza, jiran setaman aku nih, skali Datuk lalu sblh kitaorang. Maka berezekilah kami berdua bergambar dengan beliau. hehehe.. oh ya, tak payah la korang nak kata aku nie dok bangga diri ke apa..aku tulis nie sbb aku nie golongan marhain, tak pernah terlintas di fikiran diajak bergambar dengan golongan dewa..maka jakunlah aku si marhain nie. Ibarat kata, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Pipit dengan Enggang mana sama level..antara dua darjat..sodar la diri sikit. huhuhu..satu penghargaan buat diri saya.
 
 

Khamis, 4 September 2014

Orang Baling Batu..Kita Baling Bunga..(no no no)


Sebulan yang lepas, CY berjumpa dengan seorang kawan lama. Kami bersembang lama walhal itu adalah time keje CY. Dah la dok melepak kat café tepi jalan..hari Khamis lak tue..CY pakai baju batik..kalo x kena gaya mau kena cekup.
Tapi CY xmo amik pusing pasai ‘kesalahan’ yang memang disengajakan itu..kawan lama lebih penting. Boleh gitu?? Hahaha..whatever. Janji hati senang. Bukan ape, dia kawan baik CY..dan kami berusaha gigih untuk mengekalkan persahabatan supaya tidak terputus. Sweet kan..

So, pada hari tue, CY tak masuk ofis dan dia xsiapkan keje dia yg perlu disiapkan segera. Hahaha..nak sembang punya pasal. Kami sanggup amik risiko. Dalam perbualan kami tue, dia luahkan masalah dia di tempat keje. Dan kes dia sama ngan kes CY...

”Kenapa hanya kita yang perlu jaga hati orang, tapi orang tak pernah nak jaga hati kita?”

Yup! Exactly! Selama nie CY ingat hanya CY yang diperlakukan sebegitu tapi rupa-rupanye ade jugak org lain yang mengalami dan berperasaan seperti CY. Sangat suka berkongsi mslh yg sama dengan dia..

Jaga hati orang nie bukan setakat perlakuan kita tapi jugak sewaktu berkomunikasi. CY terlalu banyak  alami keadaan ini. Tapi CY senyappppp je.. (walaupun saya sentapp)..sebab xmo cari gaduh ngan orang. Lebih-lebih lagi satu tempat kerja, kalo gaduh nnti nk kerja pun xboleh. Kadang-kadang, orang-orang nie buat kita mcm xde maruah..mcm kita nie xde perasaan malu..rendah-rendahkan kita dan keluarga kita sesuka-hati. Dan kalo boleh dia nk bagi tau semua orang pasai kekurangan kita. Dan kekadang sengaja buat cerita.

Yang paling tak bestnye..nak tanya sesuatu yang sulit/sensitive/rahsia tapi tanya dengan nada kuat (sebab nk suh org lain tau jugak) dan dihadapan orang yg xde kaitan ngan perbualan waktu itu. Contohnye:


“Eh Tjah, semalam aku nmpak laki ko dok berkepit ngan pompuan seksi..ko tak tahu ke..?” -à Tanya dengan nada yang kuat dan dihadapan bbrp rakan sekerja yang tiada kaitan dan tak tahu masalah kita selama ini.

Bagi saya orang yg bertanya atau jenis cerita belakang tue adalah seorang insan yang tidak tahu menjaga maruah org. Tidak peka dengan sensitivity seseorang. Cuba kita buat mcm tue dekat dia..apa reaksi dia? Mau menangiss.. Dan satu lagi orang macam nie jenis keypochiiii…buzibodi giteww. Sibuk jaga tepi kain orang, tapi kain ko terselak sampai paha tue ko xnampak?!

Itu salah satu cerita drpd kawan baik saya tue..banyak lagi yg dia kongsi tapi topic kt atas tue yg paling menarik. Dalam kes CY, wlaupun CY nk tau sesuatu benda yang agak privacy..kekadang tak tertanya sebab xmo org tue kecik hati or rasa xberguna ke ape la..dan dalam pergaulan ngan rakan-rakan, sedaya upaya tidak bertanyakan hal2 sensitif kawan di hadapan org lain. Walaupun org lain tue kawan baik dia jugak. Tapi kalo org dh selalu sgt memalukan CY..maka dengan penuh rasa bangganye CY malukan dia jugak. Itu biasanye terjadi bila CY out of control. So, AWAS orang2 diluar sana. (giler ganazz bunyi..)

Moral of the story : Jagalah hati semua orang...tapi kalo dh melampau sangat, kita buat serangan balas! Hahaha..Kata seorang motivator tersohor, orang baling batu..kita baling bunga -à ini bukan prinsip CY.

Tuhan Beri Aku Cinta


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
 
Penyanyi: Ayushita

Selasa, 26 Ogos 2014

Topik Pagi ERA.fm : Bangkit dari Kegagalan

Sebenarnye tajuk kat atas tue, tajuk semalam. Topik Pagi ERA. Kekadang bila dengar topic pagi ERA nih, banyak topik2 dia yang berlaku dalam kehidupan CY. Kadang rasa nak tipom je time dengar topic pagi , tapi time tue la tgh dok drive nk p keje. Kang tipom accident..xke naya? Huhuhu..
So, CY nak kongsi pengalaman CY berkaitan ngan topic di atas : Bangkit Dari Kegagalan.
 
Kisah nie kisah zaman belajar kt U dulu..CY dulu UPM Serdang. Universiti Pertanian nama asalnye dolu-dolu. Kisah nie berlaku zaman CY buat degree. Sbnrnye, CY nie die hard fan UPM. Dari matrikx sampai Master..setia giler ngan UPM. Bak kata family, UPM di hatiku…hahahaha. CY nie kalo kira-kira memang xleh adapt lg ngan suasana U time tue..sbb masa buat matriks setahun kt situ..tiap2 minggu balik umah sedara kt Kajang. Nk balik Kota Bharu jauh bebenor..tiap2 minggu, sepupu akan datang amik. Memang tak duduk kolej la sepanjang setahun matriks tue. And of course xberapa baik ngan rummate..setakat kawan gitu2 je (ade kisah sbnrnye nape xberapa nak kawan ngan mereka..). Bila masuk degree, masuk kolej baru. Kolej Tun Perak a.k.a KTP. Kolej nie depan foodcourt, depan klinik kesihatan, dekat ngan Bukit Ekspo (tempat riadah) and dekat ngan bus stop. Serba serbi senang. Syukur yang amat.
 
Alkisahnye, dapat rummate org Muar, Melaka. Baik orangnye..tapi dia lain course. Xleh nk saing g kuliah. Alkisahnye, ditakdirkan rummate masa maxtrik dulu masuk KTP jugak..kami sama blok tapi lain bilik. Xpela, asalkan boleh saing g kuliah. Idok lerrr dok menapak sensorang..tempat kuliah jauhhh okeh dr kolej. Berkawan la CY ngan dia. Walhal masa matrix dlu..idok penah bertegur sape walaupun rummate dlu. Giler kera sumbang aku nihh…
Sem 1 dan sem 2 adalah semester yang paling teruk buat CY..iyelah, dah tahap degree nie, xleh la buat perangai nak balik umah tiap2 hujung minggu. Harusla belajar berdikari. Gitewww. So masa sem 1 sem 2 nie la CY dah pandai berkawan..baik laki ke pompuan. Weekend kuar p The Mines or kuar g mkn kat luar ngan kenkawan. Kalo xkuar ke mana2 pun dok lepak2 ngan member tgk movie. Time nie CY mengaku..xtau nk manage masa belajar n masa bergumbira. Org lain sibuk studi..aku dok sibuk hal lain. And sem 1 sem 2 nie lah CY sangat aktif dengan aktiviti ko-kurikulum. CY join Pengakap Kelana Siswa Universiti..(mmg idaman sejak sekolah rendah lg nk join Pengakap)..and join Kelab High Risk Adventure Team (HRAT) yang kolej KTP punye. Dua bende nie CY memang tahap gaban focus..mmg dua bende nie kegilaan CY sejak zaman sekolah lagi..berkesinambungan sampai ke U. Akhirnya..final result untuk sem 1 sem 2 adalah SANGAT TERUKK! Hampir GB (Gagal Berhenti). I was ‘tersungkur di pintu syurga’ at that time..
 
Masa dpt tau result tu, CY sgt takutt. Giler takut..takut kena hempuk ayahanda tercinta la..siap call kakak suh beli borang UPU untuk daftar masuk Politeknik. Gile takut time tue..nak balik umah masa cuti sem pun 1000x pikir.
 
Dalam Pengakap Kelana Siswa, ade seorang jurulatih yg jawatan nye adalah Kaunselor Universiti. Semasa perjumpaan mingguan Pengakap, abang kaunselor nie panggil CY..
“Fara, knp dengan result awak..awak aktif sgt ek..”
“Mana abang tau result saya..”
“Abang ade semua keputusan budak2 pengakap nie..mana yang teruk abang akan panggil..so abang nak Fara datang ofis abang Isnin depan..boleh?”
“Ok abang”
Masa pegi ofis abang kaunselor tue..dia motivate la CY sikit2..last2 dia bagi pinjam sebuah buku motivasi..katanye baca sampai habis then br dtg jumpa dia balik. Hrmmm..haram jadah la aku nk baca buku2 motivasi nie..sikit pun xbelek buku tue..3 minggu aku peram buku tue..tapi hebatnye abang tue..dia tau aku xbaca. Hehehehe.. tapi I hv my own strategy..my own plan.
Buka sem 3, dengan tekad dan semangat..CY tinggalkan semua kawan2 yang LAGHA..CY jalan kaki je pegi kuliah..jauh pun jauhh la (sblm nie tumpang member naik motor), CY studi dan berusaha gigih untuk naikkan pointer result. I don’t care to be alone anymore. Kuar pagi dari kolej dan pulang petang/malam slps kelas terakhir. Dulu sbb tumpang kawan, hbs satu kuliah, balik kolej rest. Silap hb langsung xpegi kelas slps tue..itulah yg LAGHA nye..korang ajak la aku bergumbira bagai..aku takkan join korang dah..FULLSTOP. CY hanya kawan ngan orang yang xde kenderaan dan jalan kaki pegi kelas. N yang tau hargai kawan.
 
Dan akhirnye, berkat jadi kera sumbang semula..setiap sem pointer CY naik dan terus naik. Abang kaunselor tue pun cam puas hati ngan result CY. Sbb dia pantau result anak2 buah dia yg penah dipanggil. Dan akhirnya dapat sambung Master. Alhamdulillah..
Itulah kisah CY yang bangkit dari kegagalan..ibarat tersentak dengan teguran malaikat maut..CY terus bangun dari koma..sbb CY xmau ‘mati’ lagi.
 
p/s: kena pilih kawan jugak dalam hidup nie kalo xmo sesat jalan.